Twitter Mariah Carey digodam, penuh ciapan rasis

Agensi
Januari 2, 2020 11:41 MYT
Akaun Twitter milik Mariah Carey digodam pihak tidak bertanggungjawab. -INSTAGRAM/@mariahcarey
PENYANYI Mariah Carey mengakhiri tahun 2019 dengan kisah malang apabila akaun Twitter miliknya, @MariahCarey digodam pihak tidak bertanggungjawab pada 31 Disember lalu.
Bekas isteri kepada Nick Cannon itu nyata berang dengan kejadian berkenaan.
“Saya sedang tidur dan ini yang terjadi?” katanya.

I take a freaking nap and this happens?

— Mariah Carey (@MariahCarey) January 1, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kesemua ciapan negatif yang dikongsi bersama 2.4 juta pengikutnya dipadam dengan segera, namun masih ada yang sempat melakukan ‘troll’ kepada peminat Mariah.
Akaun Mariah dilihat memuat naik pelbagai ciapan negatif, membangkitkan kemarahan, rasis termasuk perkara yang berbaur lucah tentang penyanyi rap, Eminem.
Ciapan berkisahkan Eminem menarik perhatian ramai lebih-lebih lagi apabila dua figura itu pernah terlibat dalam satu persengketaan beberapa tahun lalu.
Bagaimanapun, semua ciapan berkenaan berjaya dipadamkan tidak lama kemudian.
#berbaur lucah #ciapan negatif #Eminem #godam #mariah carey #Nick Cannon #persengketaan #troll #Twitter
;