Tweet pasal roti, Oprah Winfrey menerima AS$12 juta

Syafique Shuib
Januari 27, 2016 20:00 MYT
Selaku jurucakap syarikat pemakanan seimbang Weight Watchers, Winfrey memuat naik video tentang perkembangan beliau sejak memulakan program itu pada Ogos 2015.
Kekayaan pengacara terkenal Oprah Winfrey melonjak beberapa juta dolar lagi dengan hanya satu tweet tentang roti.
Selaku jurucakap syarikat pemakanan seimbang Weight Watchers, Winfrey memuat naik video di Twitter tentang perkembangan beliau sejak memulakan program itu pada Ogos 2015.
Sejam selepas tweet berkenaan dimuat naik, saham Weight Watchers naik $2 (RM8.50).
Sebagai pemegang lebih kurang 6 juta unit saham dalam syarikat itu, Winfrey menerima $12 juta (RM50.98 juta).
"Saya suka roti," kata Winfrey beberapa kali sebelum berkata, "Saya mengawal pemakanan saya.
“Saya berjaya turunkan 26 pound (11.79kg), dan saya makan roti setiap hari."

Eat bread. Lose weight. Whaaatttt? #ComeJoinMe https://t.co/jUgpk9ToXY https://t.co/xtnB53EwSf

— Oprah Winfrey (@Oprah) January 26, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada Oktober, saham Weight Watchers terus melonjak dengan pengumuman Winfrey menyertai syarikat itu bukan sahaja sebagai jurucakap tetapi sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah setelah membeli 10 peratus kepentingan dalam syarikat pengurusan berat badan itu.
#diet #Oprah Winfrey #Weight Watchers
;