Tune Talk, Afdlin Shauki lancar sim kad "Bebaskan Palestin"
Astro Awani
April 18, 2013 09:21 MYT
April 18, 2013 09:21 MYT
Dalam usaha menambah dana kepada Gaza, Afdlin Shauki bersama syarikat komunikasi Tune Talk melancarkan sim kad “Bebaskan Palestin”.
Ilham tercetus selepas Afdlin dan Jason Lo yang memikirkan inisiatif untuk memastikan kelansungan sumbangan.
Penggunaan sim kad “Bebaskan Palestin” perlu menambah nilai RM30 sebulan dimana secara automatik RM3 akan disumbangkan kepada tabung amal Palestin tanpa menolak nilai kredit pra bayar.
Projek amal ini mendapat kerjasama pertubuhan bukan kerajaan NGO, Aqsa Syarif Berhad sebagai badan agihan.
“Mereka sudah pun berada di Palestin dan melihat sendiri bagaimana kesengsaraan yang berlansung disana. Bagaimanapun kita memerlukan banyak wang untuk menyokong usaha mereka dimana saya percaya ini adalah cara terbaik dalam membantu meringankan beban rakyat di palestin,” Kata Jason Lo ketika ditemui Astro Awani.
Adflin berkesempatan melawat Gaza bersama Aqsa Syarif dan rakan selebriti lain seperti Bront Palarae dan Zain Saidin pada November lalu.