Tunaikan janji, suami Nora Danish Nedim Nazri bawa bayi ekzema dapatkan rawatan
Gempak
April 12, 2018 12:18 MYT
April 12, 2018 12:18 MYT
SUAMI kepada pelakon Nora Danish, Nedim Nazri tampil menunaikan janjinya dengan membawa seorang bayi yang menghidap ekzema kronik menjalani pemeriksaan dan mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan swasta.
Menerusi entri di Instagram (IG), ayah kepada bayi tersebut, Danial Rayyan, telah melahirkan rasa syukur apabila Nedim dan Nora sanggup membantu mereka.
“Terima kasih Boss Nedim dan Nora Danish sebab sudi membantu kami. Semoga Allah luaskan rezeki kamu sekeluarga,” tulisnya.
Rata-rata memuji sikap baik hati serta prihatin Nedim terhadap keluarga yang menimpa masalah penyakit itu dan mereka berdoa agar bayi tersebut cepat sembuh.
Sebelum ini, menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram lawak_ker_der, admin page berkenaan telah memuat naik screenshot posting seorang lelaki bernama Danial Rayyan yang meminta doa buat anaknya.
Menurut posting berkenaan, Danial Rayyan menjelaskan anaknya menghidap ekzema kritikal dan perlu dirujuk setiap minggu ke hospital untuk rawatan.
Nedim pada bahagian komen memaklumkan sedia menaja kos perubatan bayi berkenaan termasuk kos pengangkutan mereka ke Kuala Lumpur.
#bayi
#Danial Rayyan
#ekzema
#Hospital
#Instagram
#keluarga
#kronik
#Nedim Nazri
#Nora Danish
#penyakit kulit
#perubatan