Tun Mahathir jadi inspirasi Aizat Amdan jaga berat badan
Gempak
November 11, 2018 10:30 MYT
November 11, 2018 10:30 MYT
PENYANYI popular Aizat Amdan sedang berusaha untuk mendapatkan berat badan yang ideal.
Menurut Aizat, ini merupakan usaha kali keduanya memandangkan berat badannya bertambah selepas mencapai berat badan ideal beberapa tahun lepas.
"Saya tetap akan berusaha untuk mencapai target berat badan yang saya inginkan.
"Saya berazam untuk menurunkan berat badan kepada 75 kilogram sebelum berakhirnya tahun ini.
"Bercakap tentang motivasi, saya mengambil tip dari Perdana Menteri Malaysia iatu Tun Dr Mahathir Mohamad yang masih sihat pada usia 93 tahun.
"Tun Mahathir pernah berkata, untuk mendapatkan kesihatan yang baik, kita harus mengekalkan berat badan yang ideal," ujarnya.
Aizat berkata demikian ketika ditemui di acara Raja Futsal Malaysia 2018 bertempat di Stadium Panasonic, Shah Alam pada Sabtu.
Dalam perkembangan lain, Aizat sedang sibuk membuat persediaan untuk single terbarunya yang bakal dilancarkan pada tahun hadapan di samping aktif menulis lagu untuk beberapa artis tempatan.