BARU-BARU ini tular video di media sosial mengenai seorang kanak-kanak perempuan yang dikenali sebagai Chenta menangis kerana kawan-kawannya mengejek keadaan adiknya Muhammad Aqil Sudais, 4, yang merupakan OKU (orang kelainan upaya).
Semalam, penyampai radio Pagi Di Sinar iaitu Jep dan Rahim mengambil peluang berkunjung ke kediaman adik Chenta yang berusia 8 tahun bersama keluarganya untuk melihat keadaan adik Aqil.
Jep dilihat sebak apabila membaca kad hadiah Chenta yang diberikan kepada Aqil yang sanggup mengumpul duit sekolah untuk membelikan botol susu dan baju untuk adiknya.
“Mak dia kata Chenta kumpul duit belanja setiap hari nak belikan adik dia hadiah birthday. Di sekolah dia hanya makan makanan bantuan RMT (Rancangan Makanan Tambahan) sahaja setiap hari.
“Tulisan kad birthday tu sebak sangat. Matang sungguh sebagai seorang kakak,” kata Jep. Kunjungan Pagi Di Sinar itu dikongsikan dalam sebuah video di dalam hantaran di akaun Instagram rasmi Sinar.
Paling terharu, Jep dan Rahim menunaikan impian Chenta untuk membelikan kereta sorong bayi buat adiknya supaya memudahkan pergerakan bila di luar.
“Sebenarnya kerusi roda yang Chenta maksudkan adalah stroller. Dia dah tengok sebelum ni. Jadi Jep & Rahim terus bawa dia keluar pilih untuk adik Aqil,” tulis kapsyen di IG Sinar.
Chenta kelihatan sangat gembira apabila dapat membawa pulang bukan sahaja stroller, malah barang-barang keperluan lain yang dibelikan oleh Pagi Di Sinar untuk adiknya.
Bukan itu sahaja, Jep dan Rahim sempat membuat kejutan untuk Chenta dengan menghadiahkan sebuah basikal berwarna merah jambu yang selama ini menjadi impiannya.
Hantaran itu juga mendapat perhatian pengikut laman sosial itu yang rata-rata terharu serta sebak melihat keadaan keluarga mereka. -Gempak
Gempak
Thu Jun 29 2023

Jep dan Rahim menunaikan impian Chenta untuk membelikan kereta sorong bayi buat adiknya supaya memudahkan pergerakan bila di luar. -Gempak
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Kerajaan laksana pelbagai inisiatif, strategi tingkat akses pekerjaan golongan OKU
KESUMA melalui Jawatankuasa Pekerjaan Majlis Kebangsaan Bagi MKBOKU melaksanakan pelbagai inisiatif dan strategi dalam usaha meningkatkan akses pekerjaan.

MEKAR: KPPN Turun padang serah MyKad gantian OKU sindrom down
Ramadan buat seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) Sindrom Down di Kampung Mak Kemas, Marang kali ini menjadi lebih bermakna apabila memperoleh kad pengenalan (MyKad) gantian hari ini.

Suspek tetak bapa direman tiga hari
Reman terhadap lelaki berumur 45 tahun itu dibenarkan Majistret Nurshahida Abdul Rahim di Mahkamah Majistret Kangar.

KBS bakal laksana rakan muda buat golongan OKU
Ia bagi memberi ruang kepada pelajar program berkenaan untuk mencungkil bakat mereka terutama dalam bidang sukan.

Lelaki cabul kanak-kanak di masjid didakwa Khamis ini
Seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes cubaan mencabul seorang kanak-kanak perempuan di sebuah masjid di Batang Kali, akan didakwa di Mahkamah Majistret Ampang, Khamis ini.

Lumpuh akibat dihempap bas, bekas mekanik kini ubah suai kerusi roda untuk OKU
Mohd Rosdi Osman, 61, kini terpaksa bergantung sepenuhnya pada kerusi roda untuk melakukan rutin harian.

Laporan terkini cetus kebimbangan: Keselamatan kanak-kanak, stigma terhadap OKU
Menghebahkan dengan sensasi status OKU pelaku telah menyumbang kepada stereotaip yang memudaratkan komuniti OKU.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Melaka salur insentif RM99,775 kepada atlet Para SUKMA Sarawak 2024
Kerajaan negeri hari ini menyalurkan insentif RM99,775 kepada atlet, pengurus pasukan dan jurulatih yang berjaya membawa pulang pingat pada temasya Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) 2024.