Tubuhkan syarikat pengurusan sendiri, Stacy mahu cari artis pandai jaga badan
Gempak
Mac 22, 2018 15:44 MYT
Mac 22, 2018 15:44 MYT
PENYANYI Stacy mengakui meletakkan beberapa syarat selepas menubuhkan syarikat pengurusan artis, Rhyme & Rhythm Music Entertainment (R&R) bersama suaminya, Akim Ahmad.
Menurut Stacy, dia mahu artis dibawah pengurusannya mempunyai bentuk badan yang sihat supaya dapat memastikan kelangsungan seseorang artis itu dalam industri hiburan.
"Saya mahu artis dibawah pengurusan syarikat kami akan sentiasa menjaga badan bagi mengekalkan penampilan menarik.
"Bagi saya senaman dan bentuk badan itu penting bagi menjaga stamina mereka ketika berada di atas pentas menjayakan persembahan.
"Tujuan sebenar kami meletakkan syarat ini adalah bukan untuk mendera namun untuk mengajar mereka disiplin.
"Saya juga mahu artis kami kelihatan presentable dan boleh diterima oleh peminat kerana imej sesorang artis itu penting dalam industri hiburan ini," katanya kepada Astro Gempak.
Stacy berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran single terbaru Akim & The Majistret berjudul Stereotype, di The Bee, Publika, baru-baru ini.
Tambah Stacy, buat masa sekarang R&R menguruskan tiga artis di bawah pengurusan mereka iaitu Akim Ahmad, kumpulan Sevendays dan Elica.
#Akim Ahmad
#Elicia
#karier
#penyanyi
#Rhyme & Rhythm Music Entertainment
#Sevendays
#Stacy
#Sterreotype