Trailer filem Redha menyentuh jiwa, sebar kesedaran tentang autisme

Nizam Bakeri
Februari 21, 2016 19:53 MYT
Menurut pengarah filem Redha, Tunku Mona Riza, pelakon kanak-kanak yang membawa watak penghidap autisme diminta untuk menghabiskan masa bersama penghidap autisme sebenar selama lebih tiga bulan untuk menghayati watak - Foto Facebook/REDHA
Laman Facebook rasmi filem Redha Beautiful Pain telah memuat naik trailer filem tersebut hari ini.
Filem yang diinspirasikan dari kisah benar itu menceritakan pengalaman pasangan suami isteri, Razlan lakonan Namron dan Alina (Junainah M. Lojong) membesarkan anak mereka yang menghidap autisme.
Dilema pasangan ini dipapar penuh perasaan dalam trailer terutama sekali persembahan berkesan Namron yang tidak dapat menerima hakikat anaknya menghidap autisme.
Filem yang turut dibintangi oleh Nadiya Nisaa', Remy Ishak, Ruminah Sidek, dan Susan Lancester ini akan menemui penonton di pawagam pada 14 April ini.

Our official viral trailer in our effort to raise the Autism awareness through 'Redha' please help support our cause. Redha will be out in cinemas coming 14th April 2016 and it will have English & Mandarin subtitles...please asked family and friends to come and watched Redha n understand something about Autism. Please share and viral this. Thanks all❤️

Posted by REDHA on Sunday, February 21, 2016
#Filem Redha #Nadiya Nisaa #Namron #Redha Beautiful Pain #tunku mona riza
;