Trailer filem Interchange tampil seram dan menggerunkan

Kohilah Sekaran
September 9, 2016 15:49 MYT
Trailer terbaru filem tempatan, Interchange berjaya membangkitan rasa seram dan teruja di kalangan penonton.
Trailer antarabangsa terbaru bagi filem tempatan, Interchange didedahkan oleh portal Screen Anarchy semalam.
Trailer filem mistik dan fantasi ini nampaknya berjaya membangkitan rasa seram dan teruja di kalangan penonton.
Dengan menampilkan beberapa adegan yang menyeramkan dengan sinematografi yang cukup mengujakan, Interchange dilihat sebagai salah satu filem yang paling ditunggu-tunggu tahun ini.
Filem itu dibintangi ramai bintang terkemuka Malaysia dan Indonesia, antaranya Shaheizy Sam, Nicholas Saputra, Iedil Putra, Prisia Nasution dan Nadiya Nisaa.
Ia bakal membawa penonton melihat sisi kehidupan seorang jurufoto forensik, Adam, yang terjebak dalam dunia mistik, ketika membantu rakannya yang juga seorang detektif, menyiasat beberapa siri pembunuhan kejam.
BACA: Interchange: Mengembara buat Nicholas Saputra kenali Belian
FOTO : Di sebalik tabir pembikinan filem "Interchange"
Sejak memulakan penggambaran, filem hasil arahan Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia ke 25, Dain Said itu disebut-sebut sebagai sebuah filem yang bakal membawa peralihan paradigma dalam industri filem tempatan.
Filem itu bakal ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Vladivostok, Festival Filem Antarabangsa Toronto, Festival Filem London dan Festival Filem Antarabangsa Singapura, sebelum memasuki pawagam di Malaysia pada 1 Disember ini.
Tonton trailer Interchange di sini.

Our International Trailer has finally landed! Layanilah trailer #InterchangeFilm https://t.co/hvDbJ7mKb6 pic.twitter.com/b1YT2DsQjz

— Interchange Film (@Interchange2016) September 8, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ikuti maklumat terkini filem Interchange di akaun rasmi Twitter @Interchange2016 dan Facebook filem tersebut.
#filem #interchange #trailer
;