Trailer filem Adiwiraku didedahkan, bakal cipta fenomena baru?

Muzaffar Mustapa
Januari 8, 2017 21:00 MYT
Salah satu babak dalam filem Adiwiraku yang bakal ditayangkan pada 9 Mac depan. - Foto Facebook Adiwiraku
Trailer filem Adiwiraku yang didedahkan semalam menerima reaksi positif khalayak filem tempatan dan dikatakan bakal mencipta satu fenomena baru.
Filem yang dihasilkan berdasarkan kisah benar tentang perjuangan dan kejayaan dua guru Bahasa Inggeris dalam mendidik pelajar di sebuah sekolah luar bandar di Kedah.
Adiwiraku menghidupkan kisah pelajar SMK Pinang Tunggal di Sg Petani yang berusaha untuk menyertai pertandingan choral speaking walaupun mengetahui peluang yang terlalu tipis untuk menang.
Guru Bahasa Inggeris sebenar yang jadi inspirasi kepada filem ini, Cheryl Fernando turut merakamkan satu tweet kegembiraannya apabila trailer filem itu mula ditonton orang ramai.

Getting all emotional seeing the amount of <3 people are showing #adiwiraku. Good to know I won't be the only one watching it this March

— Cheryl Fernando (@cherylfernando) January 7, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Diterbitkan oleh Sol Pictures Sdn Bhd, filem itu diarahkan oleh Eric Chong dengan lakonlayar oleh Jason Chong.
Sehingga berita ini ditulis, trailer filem itu yang dimuat naik di Facebook telah menerima 235 ribu tontonan dan dikongsi lebih 6 ribu pengguna.

Adiwiraku seems so charming and appealing to watch. Hope it is good and does well.

— Looten Plunder (@amirhimself) January 8, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

I got gossebumps! Adiwiraku trailer HD https://t.co/ik8ox9P6YR

— FaizalSulaiman (@faizalsulaiman) January 7, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Adiwiraku's trailer looks promising.

— Hank Abdullah (@jimiecheng) January 7, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Ada jugak filem malaysia yg berkualiti. Adiwiraku Sizzler HD https://t.co/PwPJdEa0al

— ف(@Jajai_jeB21) January 7, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#Adiwiraku. Subjeknya menarik dan cetus inspirasi. Ia mengingatkan saya kepada #LaskarPelangi. Kita kena champion!https://t.co/qENdICFrZx

— MuzaffarMustapa [SM] (@sultanmuzaffar) January 8, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Aku rasa macam tak sabar pulak nak tengok #adiwiraku . Sakit itu sementara , kegemilangan itu selamanya .

— AbgZama(@AyimRazakSS) January 8, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Walaupun tanpa bintang popular tanahair, filem yang dibintangi oleh Sangeetha Krishnasamy, Xavier Fong, Adnin Zidane, Irdina Tasnim, Rizal, Balqis, Fara Safwan, Wan Azlyn (Darling) dikatakan bakal mencipta satu fenomena apabila ditayangkan nanti.
Difahamkan, pelakon yang memegang peranan sebagai pelajar merupakan pelajar sebenar sekolah berkenaan yang menjadi inspirasi filem tersebut.
Filem Adiwiraku bakal ditayangkan pada 9 Mac depan.
Ikuti perkembangan terkini filem itu dengan mengikuti hashtag #Adiwiraku dan di laman sosial rasmi www.facebook.com/adiwirakuthemovie.
#ADIWIRAKU #filem #SMK Pinang Tunggal
;