Touch n Go eWallet uji rekaan antara muka baharu

Amanz
Disember 26, 2024 11:45 MYT
Touch n Go eWallet tidak lagi memaparkan menu bayaran seperti untuk imbasan dan bayaran pada bahagian atas, tetapi ia dipindahkan ke bahagian menu bawah di bahagian tengah. -Amanz
TOUCH n Go eWallet dilihat menguji rekaan antara muka baharu yang membawa perubahan kepada susunan menu – terutamanya melibatkan bayaran.

Ringkasan AI
  • Menu bayaran seperti imbasan dan bayaran dipindahkan dari bahagian atas ke bahagian bawah di tengah, disatukan dalam satu ikon untuk memudahkan akses.
  • Kini memaparkan aliran tunai, akses cepat untuk perkhidmatan, pemindahan duit, dan melihat kad TNG atau Visa.
  • Kemas kini ini sedang diuji pada sejumlah kecil pengguna dan belum pasti jika akan diterapkan untuk semua pengguna.

Melalui perubahan baharu ini, kini Touch n Go eWallet tidak lagi memaparkan menu bayaran seperti untuk imbasan dan bayaran pada bahagian atas, tetapi ia dipindahkan ke bahagian menu bawah di bahagian tengah.
Semua menu berkaitan bayaran disatukan dalam satu ikon, dan pengguna boleh memilih untuk mengimbas, dan membayar dengan mudah.
Sebaliknya, pada bahagian atas, ia memaparkan menu untuk melihat aliran tunai, akses pantas untuk memohon sejumlah perkhidmatan, memindahkan duit, dan juga untuk melihat kad TNG atau Visa anda.
Menu ini masih tidak boleh diubah-suai, dan mungkin membuatkan beberapa pengguna tidak menyukai susunan baharu ini berbanding sebelumnya – memandangkan tidak semua menu akan diakses oleh semua pengguna.
Kemas kini ini dilihat sedang diuji melibatkan sejumlah kecil pengguna, dan tidak diketahui lagi sama ada akan menjadi rekaan baharu untuk semua atau sebaliknya. -Amanz
#Touch n Go #ewallet #Menu bayaran #kemas kini
;