Tonton detik cemas dalam episod terakhir Isteri Separuh Masa

Gempak
Jun 8, 2015 16:00 MYT
Dalam episod terakhir ISM pada malam ini, detik mencemaskan bakal berlaku apabil Zafril bertindak ganas kerana dendamnya terhadap Medina. - Foto Astro Gempak
Penonton setia drama bersiri Isteri Separuh Masa (ISM) minggu lalu pasti sudah tidak sabar untuk tahu penyudahnya pada malam ini.

Ketika Medina Izwani diculik dalam episod Isteri Separuh Masa (ISM) pada minggu lalu, suaminya, Dr. Nazrin Shah ke Korea Selatan kerana urusan kerja.

Lebih mendebarkan Medina masih tidak mengetahui identiti sebenar Zafril yang menculiknya.

Dalam episod terakhir ISM pada malam ini, detik mencemaskan bakal berlaku apabil Zafril bertindak ganas kerana dendamnya terhadap Medina.

Dr. Nazrin pula bakal bertindak sebagai wira demi untuk menyelamatkan isterinya!

Oleh itu jangan lupa untuk saksikan episod terakhir ISM pada malam ini jam 10 malam secara ekslusif di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

#Dr. Nazrin Shah #Emma Maembong #ISN #Isteri Separuh Masa
;