Tonton awal, berpeluang bertemu pelakon Gol dan Gincu 2 hanya RM10

Gempak
Oktober 20, 2018 13:17 MYT
Tayangan tersebut juga hanya dibuka pada hari ini, 20 Oktober pada jam 4 petang dan esok, 21 Oktober pada jam 2 petang.
PEMINAT filem serta siri Gol dan Gincu yang dilancarkan 13 tahun lalu tidak perlu menunggu 25 Oktober ini untuk menonton filem Gol dan Gincu Vol. 2 (GG2) kerana ia akan ditayangkan lebih awal.
Mulai hari ini dan esok, TGV Cinemas akan membuka tayangan awal filem GG2 buat semua yang sudah tidak sabar menantikannya.
Lebih menarik lagi, harga tiket yang ditawarkan hanya RM10 dan filem itu akan ditayangkan dibeberapa pawagam TGV Cinemas.
Hanya lima pawagam TGV Cinemas yang dibuka iaitu di KLCC, Rawang, Bukit Raja, Wangsa Walk dan DPulze.
Tayangan tersebut juga hanya dibuka pada hari ini, 20 Oktober pada jam 4 petang dan esok, 21 Oktober pada jam 2 petang.
Bukan itu sahaja, penonton yang membeli tiket tayangan awal tersebut turut berpeluang berjumpa dengan pelakon-pelakon hebat dalam GG2.
GG2 dibintangi pelakon utamanya, Diana Danielle dan Ummi Nazeera serta pelakon lain seperti Sharifah Amani, Sazzy Falak, Aedy Ashraf, Syafiq Kyle, Jad Hidir dan ramai lagi.
#filem #GG2 #Gol dan Gincu #tayangan awal #TGV Cinemas
;