Tomok kembali bersama New Boyz

Gempak
Januari 8, 2019 18:01 MYT
Tomok berkongsi gambar bersama anggota New Boyz ketika melakukan jamming bersama-sama.
PENYANYI Tomok melahirkan rasa syukur apabila diberikan peluang untuk kembali bergabung semula bersama anggota kumpulan New Boyz yang lain.
Menerusi entri di Instagram (IG), Tomok berkongsi gambar bersama anggota New Boyz ketika melakukan jamming bersama-sama.
"Jamming ‘Meraung’ bersama Along, Jay, Lan dan Zack . Ya Allah, gembira dan tidak tahu hendak cakap macam mana.
"Selepas beberapa tahun kami tidak beraksi bersama. Comeback is real guys! New Boyz is back.
“Saya baca semua komen korang, saya pun rindu nak mengadakan persembahan dengan mereka. Saya ada beberapa soalan nak tanya dengan korang ni, perlu atau tidak New Boyz record lagu baharu atau maintain lagu yang sedia ada," katanya.
Tomok dalam entri itu turut mendedahkan bahawa New Boyz merancang membuat persembahan mini atau konsert bagi menyambut ulang tahun 20 tahun kumpulan itu dalam industri.
Malah, Tomok juga bertanyakan peminat lokasi yang sesuai untuk mengadakan persembahan mini dan konsert itu.
“Saya rancang nak bawa Syuk, Afiez, Rizz dan Ristoe bersama on tak on?,” tulisnya.
Rata-rata mengakui tidak sabar untuk menantikan kemunculan semula New Boyz dan mendoakan agar mereka dapat mengembalikan zaman kegemilangan kumpulan itu semula.
#konsert #New Boyz #syukur #Tomok
;