Menurut Hetty menerusi Instagramnya memaklumkan bahawa dirinya risau untuk melakukan persembahan kerana dia mengalami demam dan selesema.
"Bismillahirrahmanirrahim. Sebaik sahaja Hetty sampai ke Singapura nak tengok adik kesayangan, tiba-tiba demam dan flu (selesama) pun ikut sekali.
"Risau ni dengan konsert yang akan datang minggu ini macam mana Hetty nak perform. Orang kata penyakit itu penghapus dosa betul ke? Ya allah, Aku terima dugaan mu ini.
"Yang pasti nya inshaAllah Hetty akan beri yang terbaik dan selebihnya Hetty akan serah kan pada Allah SWT," catatnya pada status di Instagram.