Tokoh Orang Hidup, Pak Ali Badron meninggal dunia akibat sakit jantung
Astro Awani
Februari 25, 2014 13:55 MYT
Februari 25, 2014 13:55 MYT
Jumaat lepas, 21 Februari, negara kehilangan seorang lagi tokoh seni budaya yang banyak menyumbang tenaga dalam bidang kesenian.
Ali Badron Sabor atau lebih dikenali sebagai Pak Ali Badron meninggal dunia di Batu Pahat ketika berusia 72 tahun akibat serangan jantung.
Allahyarham merupakan tokoh seni Penglipurlara yang terkenal bukan sahaja di Malaysia malah pada peringkat Nusantara.
Pak Ali Badron dilahirkan di Sungai Luar Tambilahan Hulu, Riau, Indonesia pada 1 Janurai 1942 menjadi penglipur lara sejak tahun 60 an.
Allahyarham yang juga seorang pesara guru mempunyai kebolehan istimewa dalam bidang pantun, syair, gurindam, masnawi, kita’ah dan rubai.
Kegigihan Allahyaraham dalam memperjuangkan seni budaya telah diberi penghormatan dan diangkat sebagai Tokoh Orang Hidup, Warisan Kebangsaan pada Majlis Perisytiharan Warisan Kebangsaan pada 2009.