Tipu cukai, pendakwa raya Sepanyol mohon Shakira dipenjara lebih 8 tahun

Bernama
Julai 30, 2022 12:41 MYT
Shakira dituduh menipu pejabat cukai Sepanyol untuk pendapatan bernilai EUR14.5 juta (US$14.7 juta) yang diperoleh antara 2012 dan 2014. - Gambar Instagram SHAKIRA
ANKARA: Pendakwa raya Sepanyol hari ini akan memohon mahkamah mengenakan hukuman penjara lebih lapan tahun terhadap artis sensasi Shakira atas kesalahan penipuan cukai, lapor Agensi Anadolu.
Permohonan itu dikemukakan selepas Shakira pada Rabu menolak perjanjian rayuan kerana yakin tidak bersalah.
Shakira dituduh menipu pejabat cukai Sepanyol untuk pendapatan bernilai EUR14.5 juta (US$14.7 juta) yang diperoleh antara 2012 dan 2014.
Pendakwa raya juga akan memohon mahkamah mengenakan denda hampir EUR24 juta (US$24.5 juta) daripada penyanyi yang popular dengan lagu "Waka Waka (This Time for Africa)". - BERNAMA
#Shakira #Shakira dituduh menipu #penipuan cukai #Pendakwa raya Sepanyol
;