Tip bergaya di Hari Raya cara Vivy Yusof, nombor 5 paling penting!

Gempak
Jun 13, 2018 17:15 MYT
Sebagai ibu yang sudah mempunyai dua anak, baju yang selesa amat penting untuk menjaga mood pada hari istimewa itu.
SYAWAL bakal menjelang dua hari sahaja lagi dan pasti ramai yang mahu kelihatan bergaya di pagi raya ini.
Bagi yang masih buntu bagaimana hendak kelihatan sempurna dan cantik pada pagi Syawal ini, ikon fesyen hijabista Vivy Yusof ada tip untuk dikongsikan bersama.
1.Plan your outfit
Seelok-eloknya anda sudah terlebih dahulu merancang baju apa yang hendak digayakan pada hari raya mengikut acara atau majlis. Seperti saya bukan sahaja pergi berayake erumah saudara tetapi saya perlu menghadiri majlis rumah terbuka dan sebagainya. Jadi saya sudah rancang baju apa yang sesuai sedondon dengan suami dan anak-anak saya.
2.Baju yang selesa
Baju raya yang dipakai hendaklah selesa. Sebagai ibu yang sudah mempunyai dua anak, baju yang selesa amat penting untuk menjaga mood saya pada hari itu. Elak memakai baju yang terlalu ketat kerana kita bakal memakai baju itu hampir seharian.
3.Makeup
Produk Duck ada mengeluarkan alat solek dalam set palet yang sesuai untuk travel. Jadi anda boleh bersolek mengikut citarasa anda asalkan ia tidak berlebihan.
4. Kasut
Pakai kasut yang bersarung atau mudah untuk anda pergi beraya keluar masuk rumah orang. Jangan memakai kasut yang bertali dan sebagainya kerana ia membuatkan anda tidak selesa di Hari Raya
5. Packing List
Jangan lupa membuat packing list kerana takut dah sampai Kelantan, tudung pula tertinggal. Packing list ini pentang supaya semua baju dan aksesori yang hendak dipakai pada pagi Syawal tidak tertinggal. - Teks oleh: Syafiqah Jalal
#Aidilfitri #bergaya #fesyen #hari raya #vivi yusof
;