TikTok kini galakkan pengguna gunakannya sebagai enjin carian
Amanz
Februari 7, 2024 09:20 MYT
Februari 7, 2024 09:20 MYT
TIKTOK kini telah mula mempromosikan platform mereka sebagai enjin carian, dan galakkan pengguna menambah akses pantas ke carian TikTok pada peranti masing-masing.
Daripada perkongsian beberapa pengguna, TikTok telah mula memaparkan notifikasi secara rawak, meminta pengguna menambah ikon akses pantas ke carian TikTok pada peranti masing-masing.
Seperti ramai sedia maklum, ramai yang menggunakan TikTok dalam melakukan carian – terutamanya dalam menemui tempat makan, tempat percutian, pelbagai tips dan sebagainya.
Dengan persembahan kandungan dalam bentuk visual, ia sedia menarik ramai pengguna muda dalam menggunakan TikTok sebagai enjin carian.
TikTok sendiri sebelum ini telah menguji integrasi Google pada halaman hasil carian pada aplikasi mereka.
Buat masa ini, notifikasi ini diperlihatkan secara rawak, dan belum lagi dipasarkan secara menyeluruh kepada semua.