TikTok kini bayar pencipta kandungan berdasarkan nilai carian
Amanz
Mac 20, 2024 13:00 MYT
Mac 20, 2024 13:00 MYT
SEJAK dua tahun lepas, golongan muda didapati menggunakan TikTok sebagai enjin carian berbanding Google.
Perkara ini membuatkan TikTok cuba mengintegrasikan Google terus ke dalam aplikasi mereka dan mula menggalakkan orang ramai mencari menggunakan TikTok dengan semat ikon pintasan carian terus ke skrin utama peranti.
Terkini, TikTok telah memperkenalkan Creator Rewards Program yang memberi ganjaran dalam bentuk bayaran tunai kepada pencipta kandungan dengan nilai carian yang tertinggi.
Apakah itu “nilai carian”? Ia adalah kandungan yang sesuai dengan apa yang pengguna TikTok sedang cari.
Alat Creator Search Insights turut diperkenalkan untuk pencipta kandungan mencari idea apakah yang kerap dicari oleh pengguna TikTok.
TikTok turut menyertakan syarat untuk ganjaran layak diterima. Pertama adalah kandungan asli, kedua adalah video yang panjang kerana 50% pengguna TikTok tonton video lebih seminit.
Kemudian, pencipta kandungan yang kerap berinteraksi dengan pengikut turut akan menerima lebih ganjaran.
Nilai carian adalah yang baharu untuk memastikan kandungan kekal tular mengikut trend dan formula video baharu hanya akan dibayar berdasarkan nilai iklan.
Bukan itu sahaja, Creators Reward Program ini hanya layak untuk mereka yang berusia 18 tahun dengan pengikut lebih 10,000 serta jumlah tontonan lebih 100,000 dalam masa 30 hari.
Akaun peribadi juga haruslah tidak bermasalah seperti pernah digantung. -Amanz