Tiket #SLFL Malaysia habis dijual: Peminat minta penganjur tukar lokasi
Kohilah Sekaran
November 8, 2015 14:50 MYT
November 8, 2015 14:50 MYT
Kumpulan band Pop Australia, 5 Seconds of Summer akan mengadakan konsert jelalah 'Sounds Live Feels Live' di Kuala Lumpur, Mac tahun depan.
Penjualan tiket bagi konsert tersebut dibuka semalam di Rock Café, The Curve serta di laman web prworldwidelive.com.
Kemeriahan konsert sudah mula dirasai di media sosial.
Peminat-peminat mula berkongsi gambar tiket mereka di laman Twitter menerusi hashtag #SLFLMalaysia.
Kini hashtag #SLFL merupakan antara topik trending di laman Twitter.
Difahamkan kini hanya tiket ‘General Admission’ yang masih boleh didapati.
Kebanyakan mereka mendesak pihak penganjur untuk menukar lokasi ke kawasan yang lebih besar agar dapat menampung jumlah penonton yang lebih ramai.
Malah ada yang meminta kumpulan band tersebut untuk mengadakan konsert pada dua hari yang berlainan agar peminat yang tidak berjaya membeli tiket untuk konsert ini, diberi peluang kedua.
Perkara ini diumumkan oleh pihak penganjur konsert antarabangsa, PR Worldwide pada bulan lepas dan dipercayai diadakan sempena album terbaru kumpulan itu - 'Sounds Good Feels Good' yang diterbitkan Capitol Records pada 23 Oktober lalu.
Pada asalnya, kumpulan pop yang terdiri Luke Hemmings, Micheal Clifford, Calum Hood dan Ashton Irwin itu dikenali sebagai selebriti Youtube sebelum menjadi popular di kalangan peminatnya.