Tiket konsert The Rolling Stones habis dijual dalam tiga minit
Astro Awani
April 7, 2013 10:18 MYT
April 7, 2013 10:18 MYT
The Rolling Stones membuktikan mereka masih berbisa.
Bergelar band veteran, 65,000 tiket konsert mereka di Hyde Park habis dijual dalam masa tiga minit.
The Rolling Stones akan menjadi artis utama konsert Hyde Park pada 6 Julai depan.
Ini kali pertama mereka membuat persembahan di sana sejak tahun 1969 untuk British Summertime Festival.
Sementara itu, pemain dram Charlie Watts menyatakan dia tidak gemar bermain muzik di tanah lapang kerana kesukaran bermain dram akibat tiupan angin.
Sambutan hangat ke atas konsert ini dikatakan bakal membawa kepada satu lagi persembahan di London.