Tiket Glastonbury habis dijual dalam masa kurang 40 minit

Bernama
November 18, 2024 08:00 MYT
Tahun lepas, tiket utama ke fesival muzik Glastonbury habis dalam masa kurang daripada sejam selepas mula dijual pada 9 pagi. - Gambar fail/AP
LONDON: Tiket untuk Glastonbury 2025 habis dijual dalam masa kurang daripada 40 minit, menurut pihak festival di Worthy Farm, Somerset, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Pas masuk mula dijual pada 9 pagi dan penganjur acara memaklumkan pada 9:35 pagi Ahad (0935 GMT), semua tiket habis dijual.
Harga tiket adalah GBP373.50 (AS$471.28) ditambah yuran tempahan sebanyak GBP5, yang merupakan peningkatan sebanyak GBP18.50 berbanding kos 2023 iaitu GBP355 ditambah yuran tempahan GBP5.
Di platform X, pihak penganjur acara menyatakan: "Tiket untuk Glastonbury 2025 kini habis dijual."
"Terima kasih kepada semua yang membeli tiket dan maaf kepada mereka yang tidak berpeluang, menyaksikan permintaan jauh melebihi bekalan. Akan ada penjualan semula bagi mana-mana tiket yang dibatalkan atau dikembalikan pada musim bunga 2025."

Tickets for Glastonbury 2025 have now Sold Out. Thanks to everyone who bought one and sorry to those who missed out, on a morning when demand was much higher than supply. There will be a resale of any cancelled or returned tickets in spring 2025.

— Glastonbury Festival (@glastonbury) November 17, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Penjual See Tickets menulis: "Tiket untuk @Glastonbury Festival 2025 kini HABIS DIJUAL. E-mel pengesahan sedang dihantar sekarang."
"Terima kasih kepada semua yang membeli tiket pagi ini dan maaf kepada mereka yang terlepas."
Tahun lepas, tiket utama habis dalam masa kurang daripada sejam selepas mula dijual pada 9 pagi.

Tickets for @Glastonbury Festival 2025 are now SOLD OUT. Confirmation emails are going out now. Thank you to everyone who bought tickets this morning and sorry to those who missed out.

— See Tickets (@seetickets) November 17, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kumpulan pertama tiket Glastonbury 2025 untuk perjalanan dengan bas habis dalam masa kurang daripada 30 minit, awal minggu ini.
Penganjur festival, Emily Eavis, sebelum ini menyatakan 2026 akan menjadi tahun rehat untuk Glastonbury, bagi membaik pulih tanah di kawasan itu.
Namun, dia sudahpun mengadakan perbincangan dengan artis untuk pemilihan sebagai penyanyi utama pada 2025 selepas tahun lalu menyaksikan dua penyanyi wanita sebagai artis utama di Pyramid Stage, iaitu Dua Lipa pada Jumaat dan SZA pada Ahad.
Festival 2024 juga menyaksikan Coldplay mencipta sejarah sebagai kumpulan pertama yang mengadakan persembahan utama di festival itu sebanyak lima kali.
-- BERNAMA
#Glastonbury 2025 #tiket habis dijual #Dua Lipa #sza #Emily Eavis
;