Tiga tahun tak jumpa, Nabila Huda sangat-sangat rindukan Amy Search

Sinar Harian
Ogos 16, 2018 18:57 MYT
Tidak menafikan hubungan mereka agak dingin semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, Nabila, 34, mengakui cukup merinduinya bapanya itu.

PELAKON Nabila Huda mendedahkan sudah tiga tahun dia tidak bertemu bapanya, yang juga merupakan penyanyi rock terkenal, Amy Search.

Tidak menafikan hubungan mereka agak dingin semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, Nabila, 34, mengakui cukup merinduinya bapanya itu.

"Jujurnya, saya mengaku sangat rindukan papa... Sangat-sangat rindu. Sudah tiga tahun saya tidak berjumpa dengannya," kata Nabila sebagaimana dilaporkan sebuah akhbar.

Pelakon KL Gangster Underworld ini bagaimanapun tidak mendedahkan punca sebenar kejadian tersebut berlaku.

Namun pada Jun lalu, Nabila pernah memuat naik beberapa status di InstaStory yang meluahkan perasaannya berhubung masalah itu yang dikatakan mempunyai kaitan dengan ibu tirinya, Norhasniza Hassan atau lebih dikenali sebagai Norish.

Tidak mahu memanjangkan isu tersebut demi menjaga hati ramai pihak, Nabila memohon agar para peminatnya mendoakan yang terbaik buatnya dan keluarga.

"Kalau boleh saya tidak mahu komen apa-apa tentang perkara itu. Cuma saya minta doakan," katanya.

#Amy Search #keluarga #Nabila Huda #pelakon #penyanyi
;