Tiga kali ditipu ejen, Awie putus asa ...?

Gempak
Mac 14, 2019 14:45 MYT
Awie berkata, pendekatan itu dilakukan kerana mahu mengelak daripada ditipu oleh penjualan tiket dalam talian. - Foto Astro GEMPAK
PENYANYI dan pelakon Datuk Awie mengambil keputusan untuk tidak menggunakan ejen tiket sacara dalam talian bagi 'Konsert Laksamana Metal 2 Generasi Wings dan Bunkface'.
Menurut Awie, pendekatan itu dilakukan kerana mahu mengelak daripada ditipu oleh penjualan tiket dalam talian.
"Tiket konsert pada kali ini akan dijual secara manual kepada peminat dan kami tidak melantik ejen atau menjualnya dalam talian.
"Pendekatan ini dilakukan kerana sebelum ini saya pernah ditipu sebanyak tiga kali oleh agen dan terpaksa menanggung kerugian selepas pulangan yang diterima tidak sama seperti penonton yang hadir.
"Itu belum lagi dikira dengan penjualan tiket secara haram dan ada juga individu yang meciplak tiket dan menjualnya secara murah berbanding harga asal.
"Saya harap dengan cara ini dapat mengawal penjualan tiket pada konsert pada kali ini dan kami akan berhati-hati dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku," katanya kepada Gempak.
Awie berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Konsert Laksamana Metal 2 Generasi Wings dan Bunkface, di PWTC Kuala Lumpur, pada Rabu.
Konsert Laksamana Metal 2 Generasi Wings dan Bunkface bakal diadakan pada 4 Mei ini bertempat di Dewan Merdeka, PWTC.
Tiket Konsert Laksamana Metal 2 Generasi Wings dan Bunkface boleh didapati menerusi dengan ejen Sayap-Sayap Wings dan Bunkers yang akan menjelajahi di beberapa lokasi di Semenanjung Malaysia.
#agen #Awie #karier #konsert #Konsert Laksamana Metal 2 Generasi Wings dan Bunkface #mangsa penipuan #selebriti #tiket
;