Tidak 'sado' tapi Nabil, Pak Azad dan Radin tampil segak beruniform Maritim Malaysia

Syafik Shukri Jalil
Ogos 31, 2024 16:20 MYT
Nabil Ahmad, Azad Jasmin, dan Radin segak mengenakan uniform Maritim Malaysia bagi menyertai perarakan sambutan Hari Kebangsaan ke-67 di Dataran Putrajaya, hari ini. -Foto Instagram ERA - Muzik Hit Terkini
KUALA LUMPUR: Di sebalik kesibukan menjalankan tugas sebagai penyampai pagi di ERA, trio Nabil Ahmad, Azad Jasmin (Pak Azad), dan Radin tidak ketinggalan menyertai perarakan sambutan Hari Kebangsaan ke-67 di Dataran Putrajaya, hari ini.

Ringkasan AI
  • Trio penyampai pagi ERA, Nabil Ahmad, Azad Jasmin (Pak Azad), dan Radin, menyertai perarakan sambutan Hari Kebangsaan ke-67 di Dataran Putrajaya, mengenakan uniform rasmi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.
  • Mereka tiba awal di lokasi dan turut menyertai rutin pasukan Maritim Malaysia, termasuk melakukan push-up bersama anggota lain yang terlibat dalam perarakan.
  • Penyertaan mereka membawa keterujaan kepada orang ramai yang hadir serta netizen di media sosial, seperti yang dikongsikan di Instagram era.je dan malaysia_coastguard.

Ketiga-tiga penyampai terkenal itu tampil segak mengenakan uniform rasmi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).
Menerusi perkongsian di Instagram era.je dan malaysia_coastguard, mereka bertiga tiba awal di lokasi dan turut menyertai rutin pasukan Maritim Malaysia.
Bahkan mereka turut melakukan push-up sama seperti anggota lain yang terlibat dalam perarakan tersebut.
Penyertaan ketiga-tiga mereka nyata membawa keterujaan kepada orang ramai yang hadir bagi menyaksikan dan memeriahkan acara sambutan, juga dalam kalangan netizen di media sosial.
#3PagiERA #Radio Era #Nabil Ahmad #Pak Azad #Radin #Hari Kebangsaan