Tidak mahu teruskan saman, Azlan The Typewriter halalkan RM90,000 demi...
Gempak
Januari 10, 2019 16:00 MYT
Januari 10, 2019 16:00 MYT
VOKALIS kumpulan Azlan & The Typewriter, Azlan menjelaskan sudah menghalalkan tunggakan bayaran yang masih belum diterima daripada penganjur Konsert High Note, DME Entertainment.
Menurut Azlan, tunggakan bayaran yang masih belum diterima sehingga hari ini berjumlah RM90,000.
"Saya tidak mahu meneruskan tindakan saman keatas pihak penganjur kerana simpati terhadap anak-anaknya yang akan terkesan nanti.
"Jadi saya ambil keputusan untuk menghalalkan sahaja baki bayaran tersebut kerana mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi.
"Namun saya tidak tahu tentang artis lain sama ada mereka mahu terus mengambil tindakan kepada pihak penganjur atau tidak.
"Tetapi saya sudah halalkan hutang penganjur berkenaan kerana anak-anaknya dan saya anggap ini adalah pengajaran dalam hidup saya," katanya kepada Gempak.
Azlan berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran air minuman Turbo 3 dan single terbaru Azlan, berjudul Kukuh di Wow KL, pada Rabu.
Terdahulu, penyanyi Ziana Zain dan Jaclyn Victor telah menyatakan hasrat mereka untuk mengambil tindakan saman terhadap pihak penganjur konsert terbabit.