Tidak kisah berbelanja di pasar malam, warga maya puji sikap rendah diri Siti Nurhaliza
Gempak
Februari 11, 2024 17:26 MYT
Februari 11, 2024 17:26 MYT
DATUK Seri Siti Nurhaliza sememangnya terkenal dengan sifat rendah diri walaupun menerima gelaran penyanyi nombor satu oleh rakyat Malaysia.
Terbaharu, menerusi video yang dimuat naik di TikTok, pelantun lagu Wajah Kekasih itu sekali lagi mencuri perhatian warganet apabila dia dan keluarganya tanpa segan-silu berbelanja di pasar malam.
Bukan itu sahaja, netizen juga memuji sikap Siti Nurhaliza yang tidak sombong serta sentiasa tersenyum ketika didekati peminat.
“Sangat rendah diri, muka tak pernah tak senyum. Sesulit apa pun keadaan tak pernah sombong, macam mana lah tak sayang dia,”
“Masih pergi pasar malam, siap beli permainan lagi. Memang Siti seorang yang humble,”
“Tak sombong kan Siti ni. Humble betul. Senyum je dekat orang kampung, mana lah tak murah rezeki dia. Baik sangat.”
Setakat artikel ini ditulis, entri tersebut meraih lebih 10,000 tanda suka serta hampir 500,000 tontonan di TikTok. -Gempak