Tidak dapat restu ibu, Selena Gomez dan Justin Bieber berpisah lagi!

Gempak
Mac 13, 2018 16:16 MYT
Selena Gomez sebelum ini berpacaran dengan penyanyi The Weeknd sementara Bieber menjalinkan hubungan dengan Yovanna Ventura. - Foto Astro Gempak
PASANGAN Selena Gomez dan Justin Bieber dilaporkan berpisah selepas hubungan mereka mendapat halangan daripada keluarga.
Menurut laporan Daily Mail, ibu Selena, Mandy Teefey tidak bersetuju dengan keputusan anaknya untuk berbaik semula dengan Justin kerana tidak mahu Selena kecewa lagi.
"Ibu Selena memaksa anaknya untuk melupakan Justin kerana dia yakin Justin tidak akan dapat membahagiakan anak perempuanya itu.
"Mandy Teefey juga tidak mahu Selena dikecewakan oleh oleh Justin lagi selepas apa yang terjadi sebelum ini.
"Selena juga sudah cuba memujuk ibunya dengan memberitahu bahawa Justin telah berubah namun perkara itu hanya sia-sia.
"Disebabkan itu, Selena dan Justin mengambil keputusan untuk tidak lagi berhubungan disebabkan ibu Selena yang tidak menyukai Justin walaupun keluarga Justin sayangkan Selena," kata sumber.
Selena Gomez sebelum ini berpacaran dengan penyanyi The Weeknd sementara Bieber menjalinkan hubungan dengan Yovanna Ventura.
Sumber: Daily Mail
#artis #Justin Bieber #karier #keluarga #Mandy Teefey #percintaan #Selena Gomez #The Weeknd #Yovanna Ventura
;