Tidak buat pemeriksaan COVID-19, tapi Sam Smith yakin 100 peratus dijangkiti

Asyraf Roslan
April 22, 2020 12:00 MYT
Sam Smith yakin dijangkiti COVID-19 dan mengambil langkah kuarantin di rumah. -Gambar fail
PENYANYI Sam Smith mengakui bahawa dia tidak menjalani ujian saringan COVID-19 namun dia sangat yakin telah dijangkiti virus berkenaan.
Memetik laporan media antarabangasa, Sam Smith memberitahu bahawa dia mengambil langkah untuk menjalani kuarantin di rumah selepas dirinya menunjukkan gejala COVID-19.
"Saya tidak membuat ujian saringan namun saya yakin 100 peratus bahawa saya dijangkiti wabak berkenaan.
"Dua minggu pertama, saya hanya bernyanyi untuk diri sendiri dan saya tidak mahu merakamnya.
"Saya hanya mahu berjalan-jalan di rumah dan menyanyi," katanya.
Selepas Smith, adik perempuannya juga menunjukkan simptom sama.
Mereka sekeluarga mengambil keputusan untuk mengasingkan diri selama tiga minggu.
Smith yang baharu sahaja melancarkan lagu baharunya "I'm Ready" duet bersama Demi Lovato berkongsi perkara tersebut bersama Zane Lowe dari Apple Music baru-baru ini.
Lagu baharunya itu kini sudah mencapai 17 juta pendengar di laman YouTube.
#apple music #COVID-19 #kuarantin #Sam Smirh #zane lowe
;