Tidak aktif kerana alahan, Shila Amzah umum hamil anak pertama

Asyraf Roslan
Februari 18, 2019 00:21 MYT
Shila Amzah berkongsi berita kehamilannya bersama teman rapat dan peminat di Instagram. -Instagram Shila Amzah
ANAK merupakan anugerah yang tidak ternilai. Kehadiran cahaya mata semestinya membahagiakan pasangan yang mendirikan rumah tangga.
Bagi Shila Amzah, detik istimewa bakal bergelar ibu dikongsinya bersama teman rapat dan peminat di Instagramnya pada Ahad.
Penyanyi yang popular dengan lagu "Patah Seribu" itu berasakan ini detik yang amat sesuai untuk mengumumkan kehamilannya kepada umum.
“Mungkin ramai yang sudah mula meneka, dan saya rasa ini merupakan masa yang sesuai untuk saya umumkan yang saya hamil,” katanya di Instagram.
Shila, atau nama sebenarnya, Nurshahila Amzah diijabkabulkan dengan Haris Idraki Elias pada 19 April 2018.
Ini merupakan anak pertama Shila Amzah bersama suami.
#anak #Anak Pertama #anak sulung #Haris Idraki Elias #Instagram #Nurshahila Amzah #Shila Amzah