"Tiap kali tiba 9 Sept, berderaianlah air mata ini" - Sebaknya baca coretan Aishah

Gempak
September 11, 2018 15:22 MYT
AISYAH: Bukanlah hari-hari lain tak rindu, rindu itu selalu ada, cuma bila sampai tarikh ini maka berderaianlah air mata ni. -Gempak
JUARA Gegar Vaganza musim keempat (GV4), Aishah sekali lagi meruntun hati peminatnya menerusi bingkisan yang ditulis di Instagram baru-baru ini.
Dalam tulisannya, setiap kali tibanya tarikh 9 September, air matanya akan mengalir terkenangkan insan yang paling dirindui iaitu ibunya, Kamariah Ujang.
"Tiap kali datangnya 9 September maka I akan merinduinya.
"Bukanlah hari-hari lain tak rindu, rindu itu selalu ada, cuma bila sampai tarikh ini maka berderaianlah air mata ni.
"Seandainya usianya panjang arwah mak akan berusia 89 tahun namun Allah telah menjemputnya 17 tahun yang lalu.
"Al-Fatihah untuk bonda Kamariah Dato' Ujang. Miss you mak... Always," tulis penyanyi lagu 'Syurga Di Telapak Kaki Ibu' itu.
#9 September #Gegar Vaganza #Instagram #Kamariah Ujang #meruntun hati #Syurga Di Telapak Kaki Ibu
;