Tiada penyingkiran ikut format yang disediakan

Astro Awani
Februari 1, 2014 09:37 MYT
Lima peserta "Maharaja Lawak Mega MLM 2013" bakal berentap di pentas akhir selepas tiada penyingkiran pada pusingan separuh akhir yang berlangsung di stadium tertutup MBJB, Johor Bahru.
Menurut pengurus kumpulan saluran premium Astro, Nizam Sani pihaknya telah merancang untuk membawa lima kumpulan ke pentas akhir mengikut format yang disediakan.
Shiro, Bocey, Jambu, Nabil dan Sepahtu akan bersaing merebut gelaran juara dalam gelanggang akhir di Shah Alam, minggu depan.
#Bocey #Jambu #Maharaja Lawak Mega MLM 2013 #Nabil #Sepahtu #Shiro