''Tiada lagi suara ayah..." - sebaknya luahan isteri Tomok

Gempak
Disember 31, 2018 14:00 MYT
FOTO kenangan Tomok bersama arwah bapanya yang dimuat naik di laman Instagram. - Gambar Instagram Ayu Abas
Luahan hati isteri penyanyi, Tomok, Ayu Abas untuk arwah bapa mentuanya, Ismail Salim membuatkan netizen sebak.
Menerusi entri terbaru yang dikongsi Ayu di laman Instagram miliknya, isterinya memuat naik foto arwah bapa mentuanya dengan kapsyen menyentuh hati.
“Semalam adalah hari yang paling dinanti oleh Arrian untuk orientasi tapi juga hari yang sangat berduka buat kami sekeluarga...Penutup tirai 2018 yang penuh emosi...
“Ayah mertua saya ISMAIL B SALIM telah pulang kerahmatullah pada pukul 3.00 petang... semoga rohnya dicucuri rahmat...
“YaAllah kau tempatkanlah Ayah Mertuaku di kalangan orang-orang yang beriman....Amin”
“Yang hidup pasti mati..tenanglah ayah setenang-tenangnya di sana....tiada lagi kesakitan yang tak terucap...
“Tiada lagi keluhan yang didengar... Tiada lagi suara ayah... Terima kasih ayah buat semuanya... Ayu akan sentiasa kirimkan doa buat ayah...
“Terima kasih buat keluarga yang hadir… Kepada follower saya yang membaca insta saya… Saya mohon agar sedekahkan Al-fatihah buat al-marhum ayahanda suami saya yang tercinta yang juga ayah mentua saya...
“ISMAIL B. SALIM, 19.12.1957 - 29.12.2018,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen, netizen turut berkongsi rasa sebak selepas membaca luahan hati yang ditulis oleh Ayu dan mendoakan agar roh arwah bapa mentuanya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Bapa kepada penyanyi, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail menghembuskan nafas terakhir pada petang Sabtu lalu akibat strok.
#Allahyarham bapa #Ayu Abas #bapa #Instagram #Ismail Salim #keluarga #meninggal dunia #Tomok
;