Tiada lagi Brangelina: Reaksi sinis Jennifer Aniston, hashtag #TeamJen trending

Madiha Abdullah
September 21, 2016 13:30 MYT
Rumah tangga Pitt-Aniston dikatakan musnah selepas kehadiran Jolie pada tahun 2004. - Gambar fail
APABILA tersebarnya berita keruntuhan rumah tangga Brad Pitt dan Angelina Jolie, pastinya ramai yang tidak sabar untuk mengetahui apa agaknya reaksi Jennifer Aniston.
Mana tidaknya, perkahwinan Aniston dan Pitt selama lima tahun sebelum ini, dikhabarkan musnah selepas kehadiran Jolie.
Portal hiburan terkemuka Amerika Syarikat, US Weekly melaporkan, Aniston tidak begitu terkejut dengan berita itu, sebaliknya sudah lama mengagak ia akan berlaku.
Aniston dikatakan memberitahu rakannya, dia tidak nampak bagaimana hubungan mereka akan bertahan memandangkan personaliti Jolie dan Pitt yang jauh berbeza.
"Jolie mempunyai personaliti yang kompleks, jauh berbeza dengan Pitt yang ringkas," laporan itu menyebut.
Malah, Aniston juga dilaporkan dengan selamba berkata, apa yang terjadi adalah balasan atas apa yang dilakukan mereka berdua terhadapnya.
BACA: Apa nasib anak-anak Angelina Jolie dan Brad Pitt?
Di laman sosial, boleh dilihat peminat Aniston yang selama ini memendam rasa, meluahkan apa yang terbuku dalam hati mereka.
Banyak meme menggunakan wajah dan dialog yang pernah diungkapkan Aniston digunakan untuk menggambarkan perasaan mereka tentang apa yang berlaku.
Hashtag #TeamJen tiba-tiba sahaja trending, dengan majoriti menyifatkan Aniston akhirnya 'mendapat keadilan'.

Current mood #TeamJen pic.twitter.com/KCgUlA0bZG

— Brayden Huff (@BraydenHuff) September 20, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

...when your ex husband cheats on the woman who he cheated on you with #teamjen pic.twitter.com/DbDUOFezgJ

— Katlin Boeker (@kboekshow) September 20, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

When your ex got what was coming to him #TeamJen pic.twitter.com/fxA76fTVBP

— Bethan Knight (@Bethanknightxo) September 20, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Jennifer's Agent: Jen did you hear the news Jennifer: #TeamJen pic.twitter.com/hOO6Vm6Xr3

— ArchieGrant (@ArchieGrant97) September 20, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sorry, not sorry. #TeamJen pic.twitter.com/Bqj1ymTtgJ

— Hannah Louise Tuck (@Hannahltuck) September 20, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#Branjelina has come to an end. #TeamJen pic.twitter.com/yzGtrdgNdG

— Saulo Villela (@SauloV) September 20, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Me and everyone else who's been on #TeamJen after hearing the news this morning pic.twitter.com/N7hNtSFiqW

— Cass(@cassidynicole22) September 20, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Aniston dan Pitt, yang pernah digelar pasangan emas Hollywood suatu ketika dahulu, berkahwin selama lima tahun dari 2000 hingga 2005.
Hubungan itu retak dan akhirnya musnah selepas Pitt berlakon bersama Jolie dalam filem Mr. & Mrs. Smith.
Aniston mengahwini pelakon Justin Theroux, pada 2015.
#Angelina Jolie #Brad Pitt #brangelina #Jennifer Aniston #TeamJen
;