THSS: Datin Alyah tarik diri, Putera dan Stacy boleh tarik nafas lega
Asyraf Roslan
Mei 20, 2024 09:00 MYT
Mei 20, 2024 09:00 MYT
KUALA LUMPUR: Penarikan diri Datin Alyah daripada program The Hardest Singing Show (THSS) memberi satu lagi peluang untuk Stacy dan Putera Muhammad beraksi buat minggu ketiga.
Putera dan Stacy berada ditangga dua terbawah selepas masing-masing memperoleh markah 71.33 peratus dan 74.21 peratus daripada juri tetap.
Masih kekal ditangga tiga teratas, minggu ini Aepul Roza berjaya merampas kedudukan Ayda Jebat sebagai juara mingguan selepas mendapat markah 90.40 dan berjaya membawa pulang Anugerah The Hardest of The Night serta wang tunai RM2,000.
Kedudukan Aepul diikuti rapat Ayda dengan markah 88.51 peratus dan Aisha Retno dengan 88.34 peratus.
Untuk minggu ketiga kesemua perserta dicabar dengan tema Mega Dansa yang memberi cabaran buat semua peserta untuk menyanyi sambil menari bersama penari dalam jumlah yang besar.
Berikut merupakan senarai lagu untuk minggu ketiga THSS:
Tema minggu 3: Mega Dansa
Aepul Roza - Ghazal untuk Rabiah
Ayda Jebat - Chaiya Chaiya
Aisha Retno - Sheesh
Zizi Kirana - Sabry Aalil
Kaka - Sang Saka Biru
DeFam - Black Widow
Stacy - Apokalips
Putera Muhammad - Pematah Hati
Kesemua yang berjaya mara ke pusingan seterusnya akan diadili oleh tiga juri tetap laitu Zizan Razak, Datuk Seri Rossa dan Edry Abdul Halim.
Program tersebut diacarakan secara langsung oleh Rina Nose dan Nabil Ahmad selama sepuluh minggu bermula 12 Mei 2024 di Pusat Konvensyen CIDB Cheras.
'The Hardest Singing Show', sebuah program kompetitif yang buat pertama kalinya mempertaruhkan 'showmanship' sebagai kriteria utama penjurian diikuti dengan vokal barisan penyanyi-penyanyi hebat tempatan.
Program 'The Hardest Singing Show' berteraskan konsep 'Kreativiti Luar Limitasi', dan bakal menguji kestabilan fizikal, mental dan kreativiti peserta dalam persembahan, di mana secara tidak langsung turut menguji kualiti vokal nyanyian mereka.