THSS: Datin Alyah tarik diri daripada pertandingan
Asyraf Roslan
Mei 19, 2024 22:39 MYT
Mei 19, 2024 22:39 MYT
PESERTA The Hardest Singing Show (THSS), Datin Alyah mengumumkan penarikan diri daripada program tersebut.
Keputusan itu dibuat atas faktor mendapat panggilan untuk menunaikan ibadah haji pada 12 Jun ini.
"Saya memohon untuk semua peminat mendoakan saya seterus mendapat haji yang mabrur.
“Saya juga ingin memohon maaf kepada seluruh tenaga kerja The Hardest Singing Show dan semua yang terlibat.
“Saya terpaksa mengundurkan diri daripada meneruskan pertandingan ini dan saya mendoakan agar para peserta buat dengan sehabis baik,” jelasnya.
Selain Alyah, peserta lain yang turut bertanding adalah Aisha Retno, Putera Muhammad, Aepul Roza, Stacy dan Ayda Jebat.
Program tersebut diacarakan secara langsung oleh Rina Nose dan Nabil Ahmad selama sepuluh minggu bermula 12 Mei 2024 di Pusat Konvensyen CIDB Cheras.
The Hardest Singing Show adalah sebuah program kompetitif yang buat pertama kalinya mempertaruhkan 'showmanship' sebagai kriteria utama penjurian diikuti dengan vokal barisan penyanyi-penyanyi hebat tempatan.
Program The Hardest Singing Show yang berteraskan konsep 'Kreativiti Luar Limitasi' bakal menguji kestabilan fizikal, mental dan kreativiti peserta dalam persembahan, di mana secara tidak langsung turut menguji kualiti vokal nyanyian mereka