#ThanosDemandYourSilence: Dah tengok, tutup mulut!

Madiha Abdullah
April 26, 2018 16:07 MYT
#ThanosDemandYourSilence, satu kempen untuk menggalakkan penonton 'menutup mulut' selepas selesai menontonnya.
FILEM paling dinanti-nantikan 2018, Avengers: Infinity War mula menemui penonton semalam.
Bagi peminat siri komik Marvel, ia adalah satu perkara besar, malah ada yang sanggup mengambil cuti hanya kerana mahu menjadi yang pertama menyaksikan filem itu.
Namun kemunculan segolongan peminat yang terlalu bermurah hati berkongsi intipati filem tersebut di media sosial, menimbulkan rasa kurang senang.
Garis masa di laman sosial hari ini dipenuhi dengan status tidak puas hati apabila ramai yang memuat naik spoiler sejak malam tadi.
Tindakan itu disifatkan ramai sebagai mementingkan diri sendiri, malah ramai yang berpendapat mereka yang memuat naik spoiler ke laman sosial adalah golongan yang sengaja mencari populariti semata-mata.

Aku bukan nak marah tapi aku kesal sbb still ada rakyat malaysia yang pentingkan diri sendiri mcm dieorg ni. Infinity War dah best dah tapi manusia mcm ni yang spoiler kan mood kita nak tengok.

— mistaahmad (@mista_ahmad) April 25, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Seronok je tengok kawan kawan semua bersemangat kehadiran tayangan filem #InfinityWar , macam Malaysia masuk Piala Dunia dia punya meraikan. Hahaha.. Have fun, siapa yang suka jadi spoiler tu tak layak jadi manusia bertamadun. Hahahahaha. Jk jk Ingat adab adab di wayang ye!

— EA (@eskandarazad) April 25, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Belum cukup sehari #InfinityWar release kat Malaysia, aku dah unfollow 3 orang and block 4 users dah. #ThanosDemandsYourSilence

— JOHN(@fiqfidaiy) April 25, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

WAHAI RAKYAT MALAYSIA YG BIJAK LAGI BESTARI. SESUNGGUHNYA TOLONG LAH JANGAN BUSUK HATI HANYIR DAN TENGIK BAK LONGKANG BAGI HINT OR SPOILER PASAL AVENGERS INFINITY WAR. TAK SEMUA ORANG TENGOK MALAM NI OR ESOK HARI. Sekian /p>— nshkml (@myrashamer) April 25, 2018

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@JamesGunn I won't even acknowledge twitter and Facebook, until Friday afternoon #takingnochances #ThanosDemandsYourSilence

— Charles Lee (@Goofyfan_Chuck) April 26, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

why would you even ruin the movie to anyone? infinity war is not just a film it's an experience#InfinityWar#ThanosDemandsYourSilence

— BreynardC137 (@BreynardJay) April 26, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Yg buat spoiler pasal #InfinityWar ni maki je jangan biarkan dia tunjuk bodoh. Kawan ke tak kawan ke, maki. #ThanosDemandsYourSilence

— min (@MuhaiminOthman6) April 26, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Hasilnya, netizen bersatu hati mewujudkan hashtag #ThanosDemandYourSilence, satu kempen untuk menggalakkan penonton 'menutup mulut' selepas selesai menontonnya.
Avengers: Infinity War, terbitan Marvel Studios, merupakan filem ketiga dari siri Avengers ini merupakan filem ke-19 dalam siri Marvel Cinematic Universe (MCU).
#Avenger Infinity War #Avengers #Facebook #filem #Infinity War #laman sosial #Malaysia #Media #media sosial #spoilers #ThanosDemandYourSilence #tutup mulut #Twitter
;