'Thanks to Remy Ishak, selalu humble' - Zarina Zainuddin puji cara Remy layan anaknya

Gempak
Januari 29, 2019 22:10 MYT
Remy memberitahu Zarina, ibu itu beruntung mempunyai anak syurga. - Astro GEMPAK
SIAPA yang tidak kenal dengan Zarina Zainuddin yang selalu berkongsi cerita tentang anak-anak istimewanya di Instagram.
Ketabahan dan kasih sayang beliau sebagai seorang ibu menjadi inspirasi ramai.
Dalam satu entri di Instagramnya, Zarina mengimbau kembali kenangan ketika penggambaran sebuah drama bersama Remy Ishak.
"Remy mengusik cakap kat Azal awak kerja dengan Abang Remy lah ya, jadi PA abang.
"Azal senyum dan berkata heiii tapi Azal PA to Zarina Zainuddin only," tulis Zarina mengimbas kembali.
Sambil tersenyum Remy memberitahu Zarina beruntung mempunyai anak syurga.
"Azal seorang anak yang jujur dan baik. Dia selalu mengalah untuk adik abangnya.
"Dia pandai bawa diri dia walau ke mana dia pergi," jelas Zarina.
#anak #anak istimewa #Instagram #Remy Ishak #Zarina Zainuddin