Tewaskan 15 Pelawak Dunia, Harith Iskander Mara Ke Final TFPW!

Gempak
Disember 7, 2016 14:20 MYT
Harith berjaya menewaskan 15 pelawak lain pada peringkat separuh akhir tersebut. - Gambar Astro Gempak
PELAWAK dan pengaraca, Harith Iskander layak ke peringkat akhir pertandingan, Funniest Person In The World (TFPW) yang berlangsung di Helsinki, Finland, pada Selasa.
Harith berjaya menewaskan 15 pelawak lain pada peringkat separuh akhir tersebut.
Pengacara Obviously Harith Iskander itu bakal bersaing ke final bersama empat pelawak dunia lain seperti Alex Calleja daripada Filipina, Mino Van Nassau (India), David Kilimnick (Israel) dan Katerina Vrana (Greece) pada Khamis di Levi, Finland.
Menerusi laman Instagram miliknya, Harith telah memuat naik video dengan mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang telah mengundi dan menyokong dia dari pusingan awal sehingga ke peringkat akhir.
Berikut merupakan kapsyen yang dimuat naik:
"Made it through to the finals! Thank you! Thank you! #fpitw #standupcomedy"
Juara The Funniest Person in the World, akan menerima hadiah utama sebanyak AS$100,000 (RM444,845), manakala mereka yang berada di tempat kedua dan ketiga masing-masing akan menerima AS$10,000 (RM44,484) dan AS$ 5,000 (RM22, 242).
Segala maklumat mengenai pertandingan itu akan dikemaskini oleh Harith di semua medium sosial miliknya iaitu Facebook, Twitter dan Instagram.
Berikut merupakan video yang dimuat naik ketika dia berada di sana:
Teks oleh: Syafiqah Jalal
#Harith Iskander #stand up comedy #The Funniest Person in the World
;