'Terpaksa tidur duduk selama seminggu' - Alyah dedah derita batuk berpanjangan
Gempak
Julai 11, 2024 15:06 MYT
Julai 11, 2024 15:06 MYT
PENYANYI Datin Alyah berkongsi keadaan kesihatannya yang terkini setelah keluar dari hospital pada Isnin lalu.
Sudah semakin pulih
Menurut Alyah atau Noor Hasliah Abu Hassan dia dikhabarkan sudah semakin pulih namun masih terasa sakit pada bahagian rusuk kiri.
Selain itu, doktor turut menyarankan Alyah untuk melakukan rawatan fisioterapi bagi pemeriksaan selanjutnya.
“Tiga hari saya masuk hospital itu memang saya tak sedar apa, semalam baru discharge, baru saya dapat dunia saya balik, sebab bila keluar saya dapat makan donat mak saya, tengok suami dan anak saya. Saya bersyukur sangat.
“Flight saya nak balik dari Mekah tu pula saya kena transit jadi saya bertahan dan balik seorang diri selalunya ada pengurus saya untuk teman, tapi ini kali pertama dalam hidup saya sorang jadi memang perlu bertahan sahaja, bila touchdown je saya terus ke hospital.
“Bila balik sini, doktor bagi antibiotik tiga beg baru saya boleh dapat rasa badan saya semula, kalau tak saya memang on off sakit.
“Doktor sarankan saya buat physio sebab batuk saya terlalu lama sehingga ada injured di bahagian rusuk kiri.
"Saya kena datang lagi minggu hadapan untuk buat follow up pemeriksaan.
“Selepas discharge, rusuk belah kiri saya masih sakit... saya tidur pun masih pakai macam ‘koyok’ yang doktor bagi untuk bantu kurangkan sakit,” katanya ketika dihubungi Gempak.
Dalam pada itu, Alyah turut memaklumkan bahawa dia perlu tidur dalam posisi duduk selama satu minggu akibat sakit di bahagian rusuk kesan daripada batuk dan demam yang dialami.
Susulan sakit yang berpanjangan, Alyah turut mengakui pernah terfikir akan menghadapi kematian ketika berada di Tanah Suci itu.
“Kali ini sangat tough, saya punya mindset macam buat umrah tapi sangat berbeza, saya tak pernah rasa seperti ini.
“Saya rasa satu malam tu saya ada terfikir adakah saya nak meninggal di sini sebab sakit sangat. Saya juga sudah pergi ke hospital tiga kali di sana kerana keadaan saya sakit sangat dan tak pulih.
“Ketika di sana saya nampak banyak kematian jadi sebab itu saya pun terfikir kemungkinan saya pun boleh jadi begitu.
“Bila dah masuk malam saya punya demam jadi lebih teruk berbanding siang jadi rusuk saya memang sakit dan saya memang tak boleh baring, jadi saya kena tidur duduk.
“Seminggu lebih saya tidur duduk, saya fikir macam ini dugaan saya sahaja, jadi sambil duduk tu saya berzikir,” kongsinya.
Terdahulu, Datin Alyah yang sepatutnya pulang dari mengerjakan haji pada 17 Julai ini terpaksa pulang lebih awal kerana mengalami masalah kesihatan. -Gempak