Terpaksa batal kerja 10 hari, Nabila Razali dijangkiti COVID-19 kali kedua
Gempak
Februari 5, 2022 11:07 MYT
Februari 5, 2022 11:07 MYT
PENYANYI Nabila Razali memaklumkan dia telah dijangkiti virus COVID-19 buat kali kedua.
Nabila memohon maaf kepada pihak yang terlibat kerana terpaksa menangguhkan urusan kerjanya selama 10 hari mendatang.
“Assalamualaikum WBT, dukacitanya saya ingin memaklumkan bahawa saya telah dijangkiti virus COVID-19 buat kali yg ke-2 (Ya, kali kedua).
“Banyak kerja terpaksa saya tangguhkan atau batal untuk 10 hari mendatang.
"Saya ingin memohon maaf kepada pihak penganjur mahupun sesiapa yang terkesan dengan berita ini,” katanya.
Pelantun lagu "Peluang Kedua" itu memaklumkan perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Justeru, Nabila memohon agar mendoakan kesihatannya dan dalam masa yang sama meminta semua berjaga-jaga dengan virus tersebut.
“Mohon doakan kesihatan saya kembali pulih seperti sedia kala. Covid is real guys & it’s still out there. Stay safe,” pintanya.
Menerusi ruangan komen rata-rata mendoakan kesembuhan Nabila dan berharap agar urusannya dipermudahkan.
*Artikel asal di Gempak