'Terminator 5' memulakan pengambaran awal tahun depan

Astro Awani
Jun 17, 2013 08:43 MYT
Arnold Schwarzenegger mengesahkan filem 'Terminator 5' akan memulakan penggambaran awal tahun depan.
Bintang filem aksi ini kembali membawa watak ikonik sebagai robot 'Cyborg' buat kali ke-empat.
Awal tahun lalu, Schwarzenegger mengumumkan dia akan kembali membintangi francais fiksyen sains tersebut.
Menghidupkan watak Terminator, aktor berusia 65 tahun ini teruja apabila sekali lagi ditawarkan untuk turut serta.
Schwarzenegger telah memegang watak sama dalam tiga filem "Terminator" iaitu pada tahun 1984, 1991 dan 2003.
Namun dia tidak menyertainya dalam filem tahun 2009 iaitu "Terminator Salvation" yang dibintangi Christian Bale dan Sam Worthington.
Dalam pada itu Schwarzenegger akan kembali menerajui dua karakter ikonik yang pernah dibawakannya.
Dia bakal membawakan semula watak "Conan the Barbarian" dan Julius Benedict dalam sekuel "Twins" yang diberi judul "Triplets".
#Arnold Schwarzenegger #Terminator
;