Terlalu leka berborak, Zizan Razak 'tersadai' tepi jalan
Gempak
Januari 3, 2019 22:00 MYT
Januari 3, 2019 22:00 MYT
PELAKON dan pelawak terkenal Zizan Razak mendedahkan niatnya keluar semalam bersama pembantu peribadinya adalah untuk mengisi minyak memandangkan stesen minyak yang berdekatan rumah tutup.
Menurut Zizan akibat terlampau leka berborak dengan pengurusnya menggunakan 'handsfree', dia terlupa akan niatnya itu.
"Sebenarnya tujuan saya keluar rumah semalam adalah untuk mengisi minyak.
"Ketika dalam perjalanan, saya berborak dengan pengurus saya.
"Saya jumpa dua buah stesen minyak tetapi akibat terlampau leka berborak, saya hanya pandang sahaja lalu pergi.
"Tetiba, saya perasan simbol minyak menyala rupanya minyak sudah habis.
"Saya cuba menekan pedal minyak namun ketika itu kereta sudah tidak bergerak," katanya.
Tambah pelakon filem Polis Evo 2 ini, dia menyuruh pembantu peribadinya berjalan menuju ke tol berhampiran untuk meminta pertolongan.
"Rupanya jarak ke tol itu dalam 1 kilometer (km) daripada tempat keretanya kehabisan minyak," katanya lagi.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).