'Terlalu banyak nak dikongsikan, hati-hati dengan fitnah...' - Vivy Yusof

Gempak
Oktober 30, 2024 12:30 MYT
Vivy menerusi hantaran di Instagramnya pada Rabu menjelaskan pihaknya bakal tampil ke hadapan dan berpesan kepada orang ramai agar tidak terus menyebarkan fitnah.
USAHAWAN popular Datin Vivy Yusof tampil berkongsi keadaan terkininya dan respons terhadap desakan netizen yang mahukan beliau tampil memberikan kenyataan selaku pengasas Fashion Valet.
Vivy menerusi hantaran di Instagramnya pada Rabu menjelaskan pihaknya bakal tampil ke hadapan dan berpesan kepada orang ramai agar tidak terus menyebarkan fitnah.
"Terlalu banyak yang saya nak kongsikan nanti, insya-Allah. Buat masa sekarang, saya biarkan saya apa yang orang nak katakan.
"Cumanya berhati-hatilah dengan fitnah yang kamu sebarkan tentang orang lain," tulisnya di Instagram Stories.
Khazanah, PNB rugi RM43 juta jual pegangan Fashion Valet
Dalam pada itu, Vivy turut berkongsi keadaan semasanya yang terlantar di hospital menerima rawatan.
"Buat masa sekarang ini, saya sedang berjuang dengan keadaan ini. Akan dikongsikan juga kelak," tambahnya.
Vivy terus menjadi sasaran selepas Khazanah Nasional Berhad dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dilaporkan mengalami kerugian sebanyak RM43.9 juta melalui pelaburan membabitkan Fashion Valet.
Disebabkan itu, netizen mendesak Vivy untuk menjelaskan kerugian pelaburan dana awam yang berjumlah RM47 juta pada 2018 kini hanya bernilai RM3.1 juta.
Menurut Kementerian Kewangan, pelaburan Khazanah ketika itu bertujuan memupuk usahawan teknologi tempatan dan mendukung sektor e-dagang.
PNB pula menyasarkan untuk menyokong syarikat runcit digital bumiputera bagi membangunkan platform runcit serantau jenama Malaysia.
Namun, disebabkan cabaran pasaran serta kesan pandemik COVID-19, Fashion Valet dikatakan mengalami kerugian besar yang memerlukan modal baharu bagi meneruskan operasi. - Gempak
#Vivy Yusof #fashion valet #Khazanah #PNB #terkini
;