"Teringat masa papa main kahwin-kahwin..." kisah Salih Yaacob terima menantu

Gempak
Mac 18, 2019 14:00 MYT
Keluarga bahagia Salih Yaacob yang dirakamkan di majlis perkahwinan salah seorang anaknya. - Gambar Instagram SALIH YAACOB
SEBAGAI mana lucunya melihat karakternya, begitu juga apabila beliau melontarkan kata-kata termasuk di laman sosial.
Itulah keperibadian penyampai radio Sinar, Salih Yaacob yang sangat disenangi ramai.
Di laman Instagram peribadinya pada Ahad, Salih memuat naik entri mengenai perkahwinan anaknya.
Dengan nota mendoakan pernikahan anak perempuannya itu akan kekal sehingga ke syurga, Salih sempat bergurau dan gurauannya itu benar-benar mencuit hati pengikutnya dan netizen.
“Teringat masa Papa main kahwin-kahwin dulu...sweet,” tulis Salih.
Rata-rata pengikutnya terhibur dengan kapsyen tersebut selain mengucapkan tahniah.
Salih yang juga pelawak tersohor tanah air merupakan lelaki yang mengamalkan poligami dan beliau pernah mempunyai empat orang isteri dalam satu masa.
Bagaimanapun, jodohnya bersama isteri kedua tidak berpanjangan dan berpisah pada tahun 2016.
#empat isteri #pelawak #penyampai radio #poligami #salih yaacob #Sinar
;