Terima kek dan surat, Aznil terkejut dilamar pasangan suami isteri!
Gempak
November 8, 2018 19:26 MYT
November 8, 2018 19:26 MYT
PENGACARA Datuk Aznil Hj Nawawi atau Pak Nil mendedahkan dia telah dilamar oleh seorang wanita menerusi sepucuk surat yang diberikan oleh seorang lelaki.
Pak Nil menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya memuat naik sebuah video beserta kapsyen buat tatapan umum.
Dalam video terbabit, Pak Nil menceritakan dia menerima sebiji kek sempena hari ulang tahun kelahirannya daripada pasangan tersebut.
Pak Nil turut mendedahkan dia juga menerima sepucuk surat yang menyatakan ingin melamar dirinya untuk menjadi suami kepada wanita itu.
Menurut Pak Nil, perkara seperti itu pernah terjadi semasa dia memberi 'talk' di Johor Bahru baru-baru ini.
Pak Nil membuat keputusan untuk memeriksa status pasangan itu di laman Facebook dan menemui jawapan mereka adalah pasangan suami isteri.
Pasangan tersebut juga sudah mempunyai enam orang cahaya mata.
Tambah Pak Nil, dia akan melakukan laporan polis jika perlu kerana ini melibatkan reputasi dirinya.
Pak Nil turut memberi amaran kepada pasangan itu supaya menghentikan perkara yang sedang dilakukan sekarang jika tidak ingin melibatkan pihak berkuasa.
Rata-rata netizen menasihati Pak Nil supaya tidak makan atau menjamah kek pemberian pasangan itu untuk langkah berjaga-jaga.