'Terima kasih yang mendoakan mummy Mastura' - Oja

Gempak
Februari 11, 2022 09:15 MYT
Jenazah Allahyarham Mastura dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Long. -Gempak
OJA mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan ibu saudaranya, penyanyj lagu "Apo Kono Eh Jang", Datin Mastura Ismail yang menghembuskan nafas terakhir akibat kanser ovari tahap empat.
Allahyarham meninggal dunia di kediamannya di Taman Cheras Idaman, kira-kira jam 8.39 malam Rabu.
“Alhamdulillah berkat doa kalian… Urusan mummy Mastura Ismail telah pun dipermudahkan Allah.
"Terima kasih kepada yang mendoakan,” katanya menerusi ruangan InstaStory.
BACA: Penyanyi lagu 'Apo Kono Eh Jang' meninggal dunia
BACA: Jenazah penyanyi "Apo Kono Eh Jang" selamat dikebumikan
Menerusi ruangan sama, Oja turut memuat naik foto pada majlis tahlil yang diadakan buat Allahyarham, malam tadi.
Difahamkan, Allahyarham Mastura dikesan mengidap kanser ovari tahap empat, beberapa bulan lalu.
Sebelum itu, arwah memang selalu mengadu sakit pada bahagian perut, tetapi tidak mendapatkan rawatan.
Arwah hanya melakukan rawatan kampung dan hanya bersetuju membuat pemeriksaan apabila puas dipujuk.
Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Long.
Allahyarham Mastura yang juga seorang balu meninggalkan dua cahaya mata dan dua cucu.
Arwah mula mencipta nama lagu duet menggunakan loghat Negeri Sembilan, "Apo Kono Eh Jang!" yang dinyanyikan bersama Ally Noor berjaya mencetuskan fenomena sekitar 1980-an.
*Artikel asal di Gempak
#Mastura Ismail #Apo Kono Eh Jang #Oja #Tanah Perkuburan Islam Sungai Long
;