Terasa hampir terputus nafas - Sari Yanti

Sinar Harian
Mei 4, 2018 18:47 MYT
Sari, 34 tahun, selamat bersalin bayi perempuan, yang juga anak pertama hasil perkahwinannya dengan pelawak, Jep (Sepahtu), pada 25 April lalu. - Foto Sinar Harian
PELAKON Sari Yanti mendedahkan dia terasa hampir terputus nafas selepas berada lama di dalam bilik bersalin bagi melalui proses bersalin anak ketiganya.
Sari, 34 tahun, selamat bersalin bayi perempuan, yang juga anak pertama hasil perkahwinannya dengan pelawak, Jep (Sepahtu), pada 25 April lalu.
"Kakak (merujuk dirinya) dah selamat melahirkan anak di usia kandungan kakak 37 minggu.
"Ingatkan dia keluar hari pertama Ramadhan. Rupanya tak sabar bawa bahagia untuk semua terutamanya Abah dia.
"Lama betul kakak dalam labor room kali ni. Terasa hampir terputus nafas kakak.
"Alhamdulillah masih ada kesempatan untuk bersama dengan yang kakak sayang. Dan menjadi yang lebih baik. Insyaallah," tulisnya di akaun Instagram miliknya.
Pada posting yang sama, Sari mengumumkan Dariya Inara sebagai nama yang dipilih untuk bayi tersebut.
Sari juga turut mengucapkan terima kasih kepada suaminya yang memberi semangat dan menunjukkan rasa bimbang sepanjang proses kelahiran.
“Terima kasih sayang untuk doa, semangat, cinta dan kasih sayang. Wajah awak yang sayang sangat, bimbang, panik, buntu, sebak semua itu menjadi memori yang sangat indah,” ujarnya.
Pelakon drama Cik Serba Tahu itu berkahwin dengan pelawak Jep pada 25 Februari tahun lalu.
Pada perkahwinan sebelum ini, Sari mempunyai dia cahaya mata lelaki iaitu Barr Al Aliy, 8, dan Baasit Al Haq, 7 tahun.
Sementara itu, akaun Instagram rasmi Dariya Inara sudah mempunyai lebih 72, 000 pengikut sejak di buka secara rasmi semalam.
Rata-rata pengikut tidak sabar mengikuti perkembangan anak Sari dan Jep ini.
#Baasit Al Haq #Barr Al Aliy #bayi #Jep Sepahtu #keluarga #perkahwinan #Sari Yanti #selebriti
;