'Teman tapi mesra paling sweet!' - Ardell Aryana gigil Nadzmi Adhwa sarung cincin
Gempak
September 1, 2019 00:00 MYT
September 1, 2019 00:00 MYT
PADA malam Ahad, tular sebuah video pelakon Nadzmi Adhwa malu-malu ketika mahu menyarungkan cincin ke jari manis isterinya, Ardell Aryana.
Menerusi video yang dikongsi netizen di laman sosial Instagram (IG) itu, Ardell kelihatan kekok ketika Nadzmi Adhwa mahu memegang tangannya.
Tangan Ardell juga kelihatan menggigil ketika acara tersebut dan pelakon tersebut dilihat mengalirkan air mata kerana terlalu gementar.
Bagaimanapun, Nadzmi Adhwa akhirnya berjaya menyarung cincin ke jari isterinya selepas seorang tetamu memberi kata-kata positif dan meminta pasangan pengantin bertenang.
“Pegang tangan dia tu, jangan takut...dah boleh pegang dah, dah halal…”